KHAMIS, 6 JANUARI – Sekurang-kurangnya seratus jemaah umrah Malaysia disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di Makkah,
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata daripada jumlah itu, terdapat jemaah yang menerima rawatan di hospital berikutan mempunyai masalah kesihatan lain.
PAPUH berkata Setakat laporan yang diterima setakat ini, anggaran jemaah yang dikuarantin seramai 100 orang.
Ia membabitkan dua kumpulan jemaah , masing-masing membabitkan kumpulan 55 orang dan lebih 40 jemaah, tetapi jumlah keseluruhan 104 orang.
Kesemuanya sudah selesai menjalani ibadah umrah, namun ditahan kerana ujian saringan Covid-19 sebelum kembali ke tanah air didapati ada yang positif
Razali berkata, jumlah jemaah tanah air yang berada di Makkah semakin menurun dengan anggaran antara 2,000 ke 3,000 orang.
Sementara itu, Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada 5 Januari mencatatkan peningkatan kepada 3,270 kes berbanding 2,842 kes yang direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia melepasi 2.8 juta kes setakat ini.