RABU, 5 JANUARI – Dari sudut data, negeri selangor dan kuala lumpur mencatatkan kes luar tabii tertinggi setakat ini. Kes-kes berkenaan membabitkan mangsa berusia bawah 18 tahun.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, statistik polis diraja malaysia bagi tempoh 2019 hingga November lalu, sebanyak 287 kes direkodkan iaitu Selangor 94 kes dan Kuala Lumpur 39 kes.
Menurut Zailah, kes bagi negeri lain dalam tempoh itu ialah Johor 37 kes, Sabah (18) Sarawak (17), Pahang dan Perak masing-masing 16 kes, Kedah (13), Pulau Pinang (12), Terengganu (sembilan), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing lapan kes, Kelantan (enam) dan Perlis (empat).
Tambah beliau, Antara umur yang terlibat dalam kes ini ialah di bawah 16 tahun seramai 208 orang, usia 16 hingga 18 tahun pula 82 orang dengan dengan 114 lelaki dan 176 perempuan.
Data setakat tahun 2018 daripada , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganggarkan jumlah gay di malaysia berjumlah 310,000 orang.
Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, golongan itu hanya sebanyak 173 ribu orang setakat tahun 2013.
Jumlah itu mewakili dua peratus daripada keseluruhan masyarakat Malaysia dengan 70 hingga 80 peratus daripadanya kaum Melayu, lapor The Malaysian Insight.
Tiada peruntukan perundangan spesifik terhadap gerakan LGBT. Berdasarkan undang-undang di Malaysia, perbuatan homoseksual dan seksual di luar tabii merupakan satu kesalahan.
Merujuk kepada undang-undang Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa ‘Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela akan dihukum penjara maksimum 20 tahun termasuk sebatan.’
Manakala bagi kesalahan melibatkan orang Islam, ia termaktub kepada jenayah syariah negeri masing-masing.