Oleh Ruszaini Ruslan, wartawan TV Pertiwi.
RABU, 5 JANUARI – Sebelum ini media melaporkan kawasan Bukit Changgang kembali dinaiki air. Ia susulan ban berdekatan rumah pam Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) di kawasan tersebut, dilaporkan pecah, pagi semalam.
Wartawan Ruszaini Ruslan yang meninjau kawasan itu ada butirannya. Tinjauan saya hari ini ke Bukit Changgang mendapati kawasan-kawasan yang banjir sebelum ini sudah surut.
Namun berlainan pula di kawasan Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB), Bukit Changgang. Ban yang pecah berdekatan rumah pam kawasan tersebut mengakibatkan air mula melimpahi kawasan persekitaran.
Muhammad Farhan Sohaini, Penduduk Bukit Changgang berkata :
“ini sebabkan air yg ni, kalau tak dah surut semua….tu yang air masuk, banjir balik lah”
Muhammad Fikri Lewon, Penduduk Bukit Changgang berkata bahawa :
“mungkin belah2 hutan hujan haritu 2 hari kan, mungkin dia naik sikit lah….skrg ban dah repair, air xde masuk lah. Mcm sebelum ni laju…dah 2 hari pun, mcm gini je lah”
Muhammad Haziq Md Rohim, Penduduk Bukit Changgang berkata :
“yelah kena bersiap sedia lah. Sebab sebelum2 ni tak adalah seteruk macam ni….kalau sebelum ni rumah belah-belah belakang je”
Menurut penduduk, kejadian pukul 10.10 pagi semalam, mengakibatkan air Sungai Langat mula memasuki kawasan tali air berdekatan kampung tersebut.
Air mula memenuhi kawasan ladang kelapa sawit terlebih dahulu dan kemudian kawasan penempatan. Bagaimanapun setakat tinjauan hari ini, paras air tidak begitu membimbangkan penduduk.
Kenderaan biasa masih boleh melalui jalan raya yang dilimpahi air. Ban yang dilaporkan pecah itu juga sudah dibaik pulih hari ini.
Ruszaini Ruslan, Wartawan melaporkan bahawa :
“disinilah lokasi ban pecah….kembali pulih seperti sediakala” (buang part sign off)”
Sebelum ini saya pernah melaporkan kawasan Bukit Changgang yang ditenggelami air. Hari ini saya mendapati banyak kawasan yang sudah pulih sepenuhnya, dan aktiviti harian orang ramai sudah kembali seperti biasa.