RABU, 5 JANUARI – Semalam kami menyiarkan kisah seorang gay yang kembali ke pangkal jalan dan mahukan masyarakat terus membantu mereka yang pernah terjebak dalam kehidupan songsang.
Melihat kepada senario identiti songsang yang semakin diterima oleh golongan muda khususnya, pencegahan terhadap budaya itu perlu dilakukan secara tuntas dan konsisten dan pastinya bukan sahaja masyarakat tapi dari rumah.
Apakah normalisasi LGBTQ itu sedang berlaku? Wartawan Ezzati Asyiqin Solleh ada kupasannya.
Bergelar doktor perubatan dan juga pensyarah di universiti sains malaysia di Kubang Kerian Kelantan, tidak menghalang dirinya menyampaikan dakwah bagi kebaikan masyarakat Islam. Dengan pengikut seramai, 100 ribu orang Dr. Syahir Musafir layak digelar Pempengaruh Media Sosial.
Menurutnya masyarakat semakin tidak sensitif dengan kandungan identiti songsang sebaliknya seolah diraikan. Hantaran beliau di facebooknya sebelum ini tular sehingga menerima lebih dua ribu perkongsian dan lima ribu sukaan.
Dalam penulisannya dr syahir menegur tindakan seorang remaja media influencer yang menggunakan akaun tiktok dengan mengajuk lakonan semula guru di sekolah.
Video remaja berkenaan kemudian tular dan disukai ramai tanpa menyedari pakaian silang yang dilakukan.
DR Syahir Musafir, Pempengaruh Media Sosial berkata :
‘’.. media sosial ni bukan sahaja memberi kesan kepada audience tetapi memberi kesan kepada orang yang buat content tu sendiri so perkara begini saya nak minta masyarakat untuk lihat bahawa perkara yang salah dibuat oleh pembuat content maka masyarakat tak boleh nak sokong atau normalkan perkara itu sebab kita tak mahu content creator tu jadi seperti orang yang disimboliknya..’’
Ujar beliau masyarakat hari ini terang-terangan menolak pemakaian silang, atau lelaki berpakaian perempuan dan sebaliknya, dan tidak sensitif dengan isu sebegini.
‘’…kita tidak mahu orang tu betul-betul mahu jadi macam tu tapi bila ada orang yang meniru membuat-buat gaya tu maka kita sokong sedangkan sebelum ni sedangkan sebenarnya bila kita sokong, sokongan kita tu boleh menukar orang itu seperti orang yang dilakonkan. Benda ni dah terbukti dah pun, asal dia buat suka-suka jadikan content buat lawak sahaja yang akhirnya betul-betul menukar dia di alam reality dia jadi perempuan”
Beliau juga bimbang apabila masyarakat khususnya ibu bapa mula berkongsi video berkenaan kepada anak-anak sebagai bahan jenaka namun tanpa sedar mengalakkan budaya berkenaan.
‘’… Bilamana mereka mula share bagitahu kat pelajar share kat pelajar hantar kat whatsapp upload video tu bukan sekadar share tapi upload video tu kat facebook diaorang dan sebagainya dan benda ni jadi trigger yang besar untuk saya fikir bahawa benda ni perlu ditegur …perkara tu sangat besar kita tak boleh teruskan biar … ada orang tak akan bersetuju pun…’’
Tambahnya peranan media sosial kini terlalu besar namun hilang kawalan apabila jatuh pada tangan yang tidak sepatutnya.
Generasi muda terlalu mengejar populariti sambil mahu menjana pendapatan tambahan, selain mahu ramai pengikut dan perkongsian. Malangnya perisian kandungan tidak diambil kira.
Pada akhir perbualan Doktor Syahir menyeru dirinya dan setiap individu bersama-sama menolak perkara yang salah dan tidak menormalisasikan budaya yang secara terang-terangan salah dari sisi agama dan budaya.