RABU, 5 JANUARI – keputusan Kementerian Kesihatan untuk menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa Lapan Januari ini, adalah untuk menjaga nyawa rakyat. Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga akan mendapatkan laporan terperinci berkaitan keputusan itu, yang akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Mesyuarat Khas Kabinet, esok.
Jelasnya, KKM akan membentang isu COVID-19 terutamanya berkaitan penularan varian Omicron termasuk keputusan yang dibuat mengenai umrah dalam Mesyuarat Khas Kabinet.
Terdahulu, Datuk Seri Ismail meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Tandong, Segamat Johor.