Jemaah Mahu Kerajaan Pertimbang Kos Dan Pilihan Tempat Kuarantin

( / sumber : TV Pertiwi)
( Tangkapan skrin mengenai sebuah video viral berkenaan jemaah umrah tidak berpuas hati dengan kos kuarantin yang perlu dibayar sendiri/ sumber : TV Pertiwi)

RABU, 5 JANUARI – “Ramai jemaah ni semua taka da duit kitaorang pun dah 12 hari kuarantin di Madinah balik-balik dah kena kuarantin lagi. Bagi pilihan hotel tak kan 1 hotel saja buyers…”

Menerusi satu hantaran video yang tular di media sosial dipercayai daripada salah seorang Jemaah umrah yang tiba di pada 3 Januari lalu, kelompok jemaah berkenaan meluahkan rasa kesal terhadap SOP yang ditetapkan.

Jemaah umrah berkenaan tidak berpuas hati dengan kos kuarantin selama tujuh  hari di hotel yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Dipercayai Jemaah perlu membayar setiap seorang kos sebanyak RM250 hingga RM335 sehari.

Dan kos keseluruhan selama tujuh hari itu lebih kurang RM2 ribu  hingga hampir RM3 ribu untuk ditanggung sendiri. Mereka mencadangkan supaya diberi pilihan lokasi kuarantin lain yang lebih berpatutan.

Video itu juga menyebut 280 jemaah berkenaan baru sahaja selesai kuarantin di Madinah selama 12 hari dengan kos RM3.5 ribu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mohon Kerajaan Jangan Tangguh, SOP Umrah Diperketat – PAPUH

Next Post

Semak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain

Related Posts