![](https://tvpertiwi.com/wp-content/uploads/2022/01/saiful-lgbtq-300x163.jpg)
( Saiful bukan nama sebenar / sumber : TV Pertiwi)
Oleh Ezzati Asyiqin, Wartawan TV Pertiwi.
SELASA, 4 JANUARI – Wartawan Ezzati juga menyelami luahan individu yang pernah terpalit budaya songsang ini.
Beliau yang bersetuju ditemui Tv Pertiwi, berkongsikan kisahnya untuk dijadikan iktibar buat masyarakat. Saiful bukan nama sebenar, berusia lingkungan 50-an.
Beliau dahulunya seorang pengamal budaya songsang atau lebih spesifik pengamal gay namun kini Kembali ke pangkal jalan. Setelah dirinya diperlakukan dan sering dianiaya oleh individu lain, ia sebaliknya menimbulkan keseronokan.
Saiful (Bukan Nama Sebenar), Bekas Pengamal Gay berkata :
‘’… sebenarnya saya sendiri pada awal usia darjah lima telah diperkosa membuatkan satu titik hitam bagi saya sehingga membawa ke kekedewasaan dan membawa keketuaan. Untuk pengetahuan tuan-tuan, puan-puan. Bukan kehendak kita, bukan kita nak jadi sebegini tetapi mungkin faktor perlakuan kita dianiaya. Satu and then no dua seperti, lgbtq macam ni satu diperlakukan satu lagi didikan
Meningkat dewasa beliau semakin sedar perbuatan itu tidak sewajarnya diteruskan.
‘’… Sampai satu tahap saya terfikir sampai bila saya nak jadi macam ni sampai kita sendiri apabila benda tu kita tak suka, benda tu jadi tabiat kita jadi seronok. Saya senang cerita membela anak ikan, saya ada pasangan yang romantic. Bermakna kasih saying seseorang yang saya inginkan sangat-sangat berbeza…benda ni berlarutan sampai saya berumur 40 tahun…
Detik itu hatinya terpanggil untuk berhijrah dan kembali kepada fitrah.
‘’… Alhamdulillah masa tu usia saya di dalam lingkungan 42 tahun tak silap saya mengikuti kelas-kelas agama saya sebagai islam yang muslim tidak melakukan dosa. Tidak melakukan maksiat. So alhamdulillah apabila saya masuk ke kelas agama diberi ajaran yang sempurna sehingga ke hari ini.
Syukur selepas penghijrahan, saiful memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dan tealh pun dikurniakan dua cahaya mata.
‘’…saya pun terfikir melihat sahabat-sahabat saya telah berumah tangga dan mempunyai anak sampai di situ terdetik hati saya sampai bila saya jadi macam ni ..… saya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas saya berhijrah tu Alhamdulillah saya ada dua orang anak masih kecil lagi dan kehidupan saya sangagt memberangsangkan…’’
Ditanya lanjut, beliau menjelaskan, dirinya bukan seorang pondan atau maknyah namun jiwa dan nalurinya cenderung menyukai lelaki namun masih mampu dikawal.
Menyesal dengan apa yang telah terjadi saiful mengharapkan masyarakat sama sama supaya golongan berkenaan tidak terus tersesat jauh.
‘’…masyarakat netizen-netizen banyak mengutuk dorang bila pandang jenis-jenis orang macam n ikan dorang akan pandang hina padahal bendanya boleh ditegur boleh dinasihati ada segelintir yang lari ke luar negara kerana apa kerana dorang tak tahan. Apa salahnya ahli jawatankuasa MAIS ke badan-badan berkanun ambil dorang ini dan pulihkan dorang dengan kemuliaan naikkan dorang untuk dijadikan sebagai pekerja yang berguna masukkan dorang dalam pengajian Insha Allah saya yakin kalau pihak-pihak MAIS atau JAKIM membuat satu program untuk Kembali ke asal. Insha Allah saya yakin kita boleh membanteras
Bagi pakar motivasi yang banyak membimbing golongan ini ke pangkal jalan, Haji Hushim Sallah berkata telah terang dan dinyatakan dalam Surah Al Araf tentang perlakuan-perlakuan songsang ini dilaknat oleh Allah dan dijelaskan di dalam surah Al Araf.
![](https://tvpertiwi.com/wp-content/uploads/2022/01/kaunselor-lgbtq-300x141.jpg)
(Cr Hj Hushim Hj Salleh, Pakar Perunding Motivasi / sumber : TV Pertiwi)
Cr Hj Hushim Hj Salleh, Pakar Perunding Motivasi berkata :
‘’…dari sudut agama kita selalu. Kalau kita membaca surah Al- Araf, dalam Al Quran ada ya iaitu, ayat 80, 81,82,83,84 di mana Allah telah berfirman dalam Al Quran dikatakan bahawa orang-orang yang kita kata golongan-golongan LGBT ni memang dilaknat oleh Allah …. Ditujukan kepada kaum bani Lut.
Ujar beliau, selaku kaunselor yang banyak mengendalikan kes golongan sebegini, kebanyakkannya mereka sedar dan tahu apa yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan norma agama dan budaya.
‘’..mereka tahu benda ni ….. Dalam surah al Araf ayat 80, dan kami utus Nabi Lut ingatlah ketika kami berseru kepadanya kenapa lakukan perkara keji homoseks.. Maka perhatikanlah akibatnya orang yang berdosa itu…’’
SILA TONTON DI SINI