SELASA, 4 JANUARI – Rayuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai ahli Parlimen kawasan itu, ditetapkan untuk pengurusan kes pada Isnin ini.
Perkara ini disahkan peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Mohamed Azmin dan peguam N.Yohendra yang mewakili pengundi itu, semasa dihubungi Bernama selepas kes tersebut didengar secara dalam talian di hadapan tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Nordin Hassan.