SELASA, 4 JANUARI – Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla mencadang agar Jawatankuasa Siasatan Khas ‘Special Task Force’ diwujudkan bagi menyiasat kes melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Seri Azam Baki.
Ini berikutan terdedahnya pertuduhan serius berkaitan dengan dakwaan terhadap Tan Sri Azam Baki kerana memiliki saham korporat dalam jumlah yang melampau.
Difahamkan perkara itu bercanggah dengan peruntukan perundangan yang terikat kepada pengkhidmatan awam berkaitan milikan saham korporat.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla , Peguam berkata :
“…. Dengan penuh rendah diri mengesyorkan…… Bagi mengendalikan siasatan ini…”
Jelasnya, terma pembentukan dan keanggotaan yang perlu untuk ‘task force’ ini adalah agar siasatan telus, lengkap dan penuh berintegriti dilakukan tanpa menjejaskan hak mana-mana pihak sama ada Pengadu, Agensi mahupun pihak Yang Diadu.
Dalam pada itu, Haniff Katri memohon sebarang kenyataan mengenai perkara ini oleh pihak dalaman SPRM perlu dihentikan kerana ia dikhuatiri menganggu siasatan dan secara tidak langsung mengucar-kacirkan kedaulatan perundangan di negara ini.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata lagi bahawa :
“…. Baru-baru ini terdapat pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa individu yang merupakan ahli-ahli panel Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM ataupun Akta 694… Memporak perandakan atau tidak sihat terhadap konsep kedaulatan undang-undang…