SELASA, 4 JANUARI – Rentetan keputusan saman keabsahan sekolah vernakular tidak bercanggah dengan perlembagaan, pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak menolak kemungkinan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pula akan diiktiraf selepas ini.
Malah dalam penghakiman kes yang menyebut sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam, maka kata beliau secara tidak langsung sokongan orang Cina didakwa akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.
Bagi Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Aminuddin Yahaya perkara ini boleh menjadi satu bahan politik demi memenuhi kehendak kelompok yang mahukan suara merek didengari.
Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :
“Masalah bukan UEC sahaja, serba serbi yang diorg mintak ni mereka akan dapat jugak. Semua parti, bukan parti BN sahaja, baik PN, baik PH, baik semualah termasuk PAS pun sama-sama mendambakan undi mereka ini. Jadi mereka boleh buat apa saja yang mereka nak. Dan saya yakin parti2 melayu ni akan bagi ruang pada mereka. Jadi tidak ada masalah lah bagi mereka untuk mendapatkan tuntutan itu. Yang masalah orang kita. Ekonomi makin mundur, orang kita jugak. Tanah makin hilang, orang kita juga. Jadi mereka boleh buat apa saja, yet mereka dapat apa yang mereka mintak”
Tambahnya, jika keadaan ini berterusan, bukan masalah sebegini sahaja, malah hal-hal berkaitan agama juga akan turut dikompromikan.