ISNIN,3 JANUARI – ISMA Melaka sentiasa menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas di negeri itu. Yang DIpertua ISMA Melaka, Dr Khair Razlan berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga untuk membantu mangsa yang terjejas.
Dr Khair Razlan Othman , YDP ISMA Melaka Tengah berkata :
“…kita kata paras air di Lautan Sungai Melaka ni agak kritikal dan terpaksa melepaskan air yang ada di sungai-sungai melimpah keluar beberapa tempat. So difahamkan setakat ini Lubuk China yang sebelum ini banjir kembali banjir.
Sementara itu, beliau berkata setakat pagi di sekitar kawasan merdeka dinaiki air dan orang ramai telah diminta keluar untuk pihaknya memantau kawasan itu.
YDP ISMA Melaka Tengah berkata lagi bahawa :
“….hari ni di sekitar kawasan merdeka baru naik difahamkan pagi tadi so hari ni semakin naik dan diminta keluar so kita memantau rapat benda tu. Kalau kata esok memulakan operasi seperti biasanya lah.
Dr Khair berkata, operasi menyelamat diserahkan kepada kerajaan yang lebih mahir dan ISMA juga menawarkan pusat komuniti untuk pusat pemindahan sementara.
“…operasi penyelamat tu kita serahkan kepada agensi kerajaan yang lebih mahir. Lebih mahir dengan situasi. Jadi kita di pihak ISMA kita menawarkan contoh kepada ahli kita menawarkan pusat komuniti kita untuk pusat pemindahan sementara bagi memberi alternatif lah.