ISNIN, 3 JANUARI – Setakat tengah hari tadi, seramai 28,287 mangsa banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada kerajaan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi pegawai daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” katanya dalam hantaran di Twitter.