19 Kematian Akibat Covid 19 Semalam

( / sumber : TV Pertiwi)
(Laman Sesawang COVIDNOW merekodkan 19 kematian akibat COVID-19 / sumber : TV Pertiwi)

ISNIN, 3 JANUARI – Sebanyak 19 kematian akibat COVID-19 direkodkan pada hari kedua tahun 2022, semalam dengan lima daripadanya dilaporkan di Selangor.

Laman sesawang COVIDNOW melaporkan empat daripada kes kematian dilaporkan setakat tengah malam tadi, membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Laporan itu turut mendedahkan 31,532 kes kematian direkodkan akibat COVID-19 di negara ini, dengan seramai 6,362 pesakit adalah kes BID.

Perincian data dalam laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) pula menunjukkan, kes kematian turut dilaporkan di Terengganu membabitkan empat mangsa; Johor (tiga); Sabah (dua) dan masing-masing satu kematian di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mungkin Iktiraf Uec Pula Selepas Ini – Ridhuan Tee

Next Post

Jumlah Mangsa Di Lima Negeri Terus Meningkat Pagi Ini

Related Posts