
2 Januari 2022, Ahad : Biar banjir di Selangor sudahpun mulai reda, namun bantuan yang disalurkan tidak putus putus.
Hari ini, Polis Kontinjen Selangor telah mengagihkan barang bantuan hasil sumbangan NGO HALUAN Selangor, Sakeenah Soul International, Adab Youth Garage serta MUDA kepada penduduk di sekitar Kg. Tengah, Kg. Kuala Sg. Baru, Batu 13, Puchong dan Taman Baru, Padang Jawa, Shah Alam yang terkesan akibat banjir kilat baru-baru ini.

Sumbangan yang disampaikan ini sekaligus dapat memberi kekuatan dan semangat baru kepada mangsa- mangsa banjir untuk mengharungi kehidupan yang akan datang sekaligus dapat membuktikan bahawa slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ itu adalah realiti dalam kehidupan.