SABTU, 1 JANUARI – Isu lambakan siswazah antara menjadi tumpuan dalam sektor pendidikan pada tahun 2021, Kementerian Pendidikan, KPM secara drastik telah mewujudkan 18, 702 jawatan baru guru siswazah bagi mengatasi masalah itu.
Demikian menurut Doktor Anuar Ahmad dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM.
DR Anuar Ahmad, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan, Fakulti Pendidikan UKM berkata :
“KPM perlu segera membangunkan Pelan Pemulihan Pendidikan Negara bagi memastikan masalah keciciran pendidikan dapat dipantau dan diselesaikan secepatnya. Begitu juga dengan pembangunan pengajaran hibrid berasaskan Internet dan teknologi maklumat,”
Selain itu, Doktor Anuar usaha KPM berkata ketika pandemik pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah, PDPR dilihat kurang berkesan,
Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Doktor Radzi Jidin di Dewan Rakyat bahawa sejak 2020 pencapaian akademik oleh murid-murid adalah sederhana.
Ini kerana masih ramai murid yang tidak hadir PDPR sepanjang tahun 2020 dan 2021 khususnya murid-murid di kawasan pedalaman, luar bandar atau murid-murid dari keluarga miskin di bandar.
Tambahan pula, DR Anuar Ahmad, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan, Fakulti Pendidikan UKM berkata bahawa :
“Ramai anak-anak khususnya di peringkat tahun satu dan tahun dua sekolah rendah berhadapan dengan isu keciciran 3M. Sesuatu yang harus diberikan perhatian serius,”
Beliau turut menjangkakan, sektor pendidikan akan berhadapan dengan isu keciciran murid-murid akibat pandemik COVID-19.
Kegagalan menguruskan keciciran 3 ‘M’ akan menyebabkan anak-anak ini akan berhadapan dengan masalah pembelajaran pada masa depan.
Untuk rekod, belanjawan tahun 2022 memperuntukkan jumlah paling besar berbanding kementerian lain iaitu RM52.6 billion.