JUMAAT, 31 DISEMBER – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, SUHAKAM perlu lebih melihat isu berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam dalam sistem Perundangan Syariah yang diamalkan di negara ini yang perlu ditambah baikan berbanding isu memelihara hak LGBT.
Memandangkan tahun 2022 bakal menjelang kurang daripada 24 jam lagi, oleh itu entiti itu perlu mengubah hala tujunya demi kepentingan umat Islam berbanding menegakkan ‘Benang Yang Basah’ buat golongan yang tidak diiktiraf di negara ini.
Memetik kenyataan Aminuddin Yahaya dalam kenyataan rasminya menyatakan dalam pada itu, Pengerusi SUHAKAM didakwa Aminuddin enggan berjumpa dengan pihaknya untuk berdialog bagi membincangkan isu Islam dan hak asasi manusia.
Juga beliau menyatakan bahawa, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal selaku Pesuruhjaya Hak Kanak-Kanak SUHAKAM dituntut untuk bertindak lebih proaktif dalam badan itu dalam isu-isu sedemikian.
Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :
“Kita ingin menegaskan bahawa sehingga hari ini, Pengerusi SUHAKAM masih enggan berjumpa kami untuk berdialog mengenai isu-isu Islam yang berkaitan isu-isu hak asasi manusia di negara kita”.
Profesor Datuk Aziah yang juga merupakan ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) digesa agar menasihatkan ahli-ahli majlis SUHAKAM yang mempunyai kedudukan dalam entiti itu untuk bertindak.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook rasminya baru-baru ini.