JUMAAT, 31 DISEMBER – Sesuatu yang Besar bakal berlaku,
Itu luahan oleh Naib Pengerusi PEMBELA, Izzat Johari berhubung isu Sekolah Vernakular yang mendapat peruntukan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, pihak berkaitan seharusnya memandang perkara ini dengan lebih serius kerana Sekolah ini merupakan bukan Badan Awam.
Cikgu Izzat Johari, Naib Pengerusi Pembela berkata :
“… ahh kita menghormati keputusan mahkamah yang telah diputuskan bahawa…. bantuan bantuan kerajaan peruntukkan setiap tahun saban tahun daripada dulu sampai sekarang diberikan kepada sekolah vernakular “
Jelas Izzat lagi, peruntukan terbabit seharusnya tidak disalurkan kepada sekolah vernakular dan mungkin ada terjadi sesuatu perkara yang lebih besar selepas ini.
Katanya lagi, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu menjawab mengapa Sekolah Vernakular yang bukan sebuah badan kerajaan menerima peruntukan yang amat besar.