JUMAAT, 31 DISEMBER – Sebanyak 6.1 juta individu atau 18.7 peratus sudah melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pada Khamis, terdapat pertambahan 197,121 individu melengkapkan suntikan dos penggalak.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.6 juta populasi keseluruhan atau 78.4 peratus lengkap divaksinasi.
Bagi populasi dewasa, seramai 22.85 juta individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19
Sementara itu, 2, 753, 927 individu atau 87.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi manakala 2, 846, 238 individu atau 90.4 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 205, 259 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 3, 419 dos pertama, 4, 719 dos lengkap dan 197, 121 dos penggalak.