JUMAAT, 31 DISEMBER – Presiden Parti BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berpandangan, pihak berwajib dan Kerajaan Malaysia seharusnya memikirkan mekanisma yang betul untuk membendung pembalakan haram di Pahang.
Katanya, Kerajaan Pusat seharusnya menubuhkan satu Jawatankuasa Khas supaya perkara sebegini tidak berulang.
Zamani Ibrahim, Presiden Parti BERJASA Malaysia berkata :
“.…. iya BERJASA berpandangan setiap yang berlaku atau mana mana lontaran daripada mana-mana pihak…. dan daripada hutan sana dan dimuntahkan dan keluar, dan ini satu bukti yang tidak dapat dinafikan dengan mudah”
Ustaz Zamani menambah kerajaan pusat seharusnya menubuhkan jawatankuasa khas bagi membendung pembalakkan haram yang berlaku ini selain dari tindakan dari pihak yang berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rahsuan Malaysia (SPRM)
Zamani Ibrahim, Presiden Parti Berjasa Malaysia berkata lagi bahawa :
“… oleh itu, bagi saya kerajaan mesti mengambil tindakan yang serius untuk memikirkan apakah banjir.. mengambil perkara ini dengan acu tak acu dan akhirnya dan rakyat akan membuat persepsi yang pelbagai dan rakyat pula akan dipersalahkan nanti.