JUMAAT, 31 DISEMBER – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan manakala di Pahang menunjukkan penurunan pada pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 388 orang daripada 115 keluarga pagi ini berbanding 137 orang daripada 42 keluarga malam tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Rosman Abdullah berkata :
“… 225 mangsa daripada 60 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor di Dungun manakala 163 mangsa daripada daripada 55 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.”
Setakat ini, hanya daerah Dungun yang terjejas dengan banjir gelombang ketiga di Terengganu.
Kelantan turut merekodkan peningkatan pagi tadi, dengan jumlah mangsa direkodkan 1, 399 orang daripada 412 keluarga berbanding 1,186 orang daripada 350 keluarga, semalam.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan 14 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu 9 di Jeli dan 5 di Kuala Krai.
Sementara itu, dua sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 23.95 meter dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang dengan 18.95 meter.
Di Pahang pula, sebanyak Dua Ribu 704 mangsa berada di 33 PPS di Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri pula melaporkan Jalan Kampung Belimbing di Maran ditutup kerana masih dinaiki air.
Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan di semua daerah di Pahang setakat pagi tadi.
Di Selangor jumlah mangsa banjir kekal dengan 466 mangsa melibatkan 132 keluarga di empat PPS di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding iaitu 20 orang dan SMK Abdul Jalil iaitu 77 orang di Hulu Langat.
Stadium Tertutup Kuala Selangor pula menempatkan sebanyak 201 orang mangs abanjir dan SMK Kuala Selangor pula dengan 168 orang.