JUMAAT, 31 DISEMBER – Isu pembalakan bukan episod baharu, malah telah lama dibangkitkan oleh segelintir pihak.
Tinjauan TV Pertiwi menerusi laman sosial mendapati rata-rata rakyat melahirkan rasa marah dan kesal dengan kejadian batang kayu balak hanyut dan menyebabkan bencana banjir lumpur di pekan Karak Bentong, minggu lalu seperti yang tular di laman sosial.
Apa yang lebih menyedihkan balak yang hanyut dibawa arus air banjir itu menghempap rumah penduduk di tempat kejadian.
Berikutan video pendedahan oleh Khaidir Ahmad mengenai banjir lumpur membawa bersama sisa-sisa kayu balak di Sungai Perdak, dan Sungai Telemong, Pahang telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.
Pengguna twitter milik @akmalaffendi berkata pemimpin yang bersikap korupsi telah menyebabkan menyebabkan berlakunya aktiviti pembalakan haram.
Dia juga turut berkata, bencana banjir yang berlaku ke atas negara kebelakangan ini telah menunjukkan kejadian sebenar yang menimpa hutan.
Dalam pada itu, pemilik akaun twitter milik Sharan Pretam Singh yang turut meninggalkan ciapannya yang rasa marah dan mempersoalkan adakah kejadian ini disebabkan sikap tamak segelintir pihak?
Berikut pula reaksi salah seorang penduduk yang meminta pihak berkuasa memberi penjelasan berkenaan kejadian itu yang dikongsikan oleh pemilik facebook Asri Ahmad .
Sementara itu, kejadian ini teruk mendapat reaksi bekas Perdana Menteri yang juga ahli parlimen Pekan, Pahang yang turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera.