KHAMIS, 30 DISEMBER – Walaupun mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan sekolah vernakular yang menggunakan Bahasa pengantar selain Bahasa Melayu tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan, namun pihak plaintif akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, keputusan juga berbalik kepada kerajaan untuk menentukan hala tuju sama ada bahasa pendidikan persekolahan sepatutnya menjadi sumber utama perpaduan rakyat atau sebaliknya.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Peguam berkata :
“Sekiranya itu keputusan mahkamah maka sekarang yang ke-3 ia berbalik kepada mana-mana kerajaan yang menerajui negara ini untuk menentukan halatuju samada bahasa pendidikan, persekolahan sepatutnya menjadi sumber utama perpaduan rakyat dan jika itulah sepatutnya logiknya menjadi sumber utama perpaduan maka sekarang bola kembali ke gelanggang kerajaan. mahkamah telah membuat keputusan kerajan perlu memberi respond yang positif demi kesejahteraan negara dan kemakmuran rakyat.
“mana-mana isu penting negara dalam perlembagaan perlu diputuskan di peringkat tertinggi oleh itu pihak plaintif-plaintif akan memfailkan notis rayuan dan akan disahkan melalui surat arahan yang lengkap sebab kita ada tempoh 30 hari.
Plaintif diwakili oleh peguam Haniff Khatri, Abd Rahim Sinwan, Aidil Khalid dan Khairul Azam Aziz.