KHAMIS, 29 DISEMBER – Tiga kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara setakat hari ini.
Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Disember lepas.
S Veerapan, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan berkata :
“Kes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban,”
Beliau berkata, keputusan kes adalah positif dan tidak bergejala selain wanita itu telah lengkap divaksinasi pada 13 Ogos lepas.
Veerapan berkata, kes kedua melibatkan wanita berusia 28 tahun, yang tiba dari United Kingdom melalui pintu masuk KLIA pada 14 Disember lepas dan disaring serta dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.
Menurutnya, wanita yang juga telah lengkap divaksinasi pada 19 Mei lepas itu menjalani kuarantin di rumahnya di Seremban, manakala keputusan kes adalah positif dan mempunyai gejala ringan.
Ujar beliau, kesemua kontak rapat kepada ketiga-tiga wanita itu dikenal pasti dan dilakukan ujian tindak balas polymerase chain reaction PCR serta diarahkan menjalani kuarantin kendiri.
Angka harian positif COVID-19 hari ini merekodkan peningkatan kes kepada 3, 683 kes baharu berbanding semalam, 2, 897 kes namun kekal kepada angka bawah 4 ribu sejak beberapa hari lalu.
Setakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif telah berjumlah 2, 750 ratus ribu, 516 kes kumulatif.
Untuk pecahan kes negeri dan harian akan dimuat naik di portal COVIDNOW setiap hari selepas tengah malam.