
( Seramai 1,023 orang sukarelawan membantu membersihkan rumah pasca banjir / sumber : TV Pertiwi)
KHAMIS, 30 DISEMBER -Selain membantu membersihkan rumah pasca banjir, bantuan dari segi membaiki pendawaian elektrik juga sangat penting demi keselamatan penduduk.
Itu antara salah satu objektif dalam Misi Bantuan Banjir Pahang hari ini.
Misi kali ini membabitkan kerjasama lima badan bukan kerajaan (NGO).
Ia termasuklah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Relawan Muda Isma, Yayasan Ikhlas, Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA), Kelab Iffah Malaysia, dan Komuniti Teknikal Islam Malaysia (KOMTECH).
KOMTECH telah menyumbang kepakaran dalam membaiki pendawaian eletrik bagi rumah yang terjejas akibat banjir.
Soufi Annual, Ketua Misi Bantuan Banjir Pahang berkata :
“kemudian yang kedua kita juga ada projek untuk pendawaian elektrik…..kita akan bantu dengan kepakaran ada seramai 600 tenaga mahir elektrik yang telah mendaftar untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia”
Misi ini membabitkan 5 masjid dan surau di 4 daerah berbeza iaitu 2 di Temerloh, 1 di Chenor, Bentong dan Karak. Selepas selesai aktiviti pembersihan masjid, barulah mereka beralih ke rumah-rumah penduduk di sekitar masjid tersebut.
Bilal Jailani, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Ikhlas berkata :
“kita akan stationkan minima 4 ke 5 bas di sebuah masjid…..sebab itu kita bergerak dari masjid ke ahli kariah di sekitar nya”
Seramai seribu 23 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia hadir ke Kawasan Rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah seawal jam 8 pagi. Program dimulakan dengan sesi taklimat bagi ketua-ketua misi di surau R&R, sebelum para sukarelawan bergerak ke kawasan masing-masing.
Misi ini hasil dari perbincangan Bilik Gerakan Bencana ISMA yang baru ditubuhkan minggu lalu, dan turut bersiap siaga bagi menghadapi risiko banjir gelombang kedua.