RABU, 29 DISEMBER – Demi mempertingkat agenda masyarakat dalam bidang pendidikan sains kesihatan, Yayasan Ikhlas terus ke depan untuk melahirkan generasi celik kesihatan.
Sehubungan itu satu memorandum persefahaman dan penyampaian biasiswa sains pendidikan dimeterai di antara Yayasan Ikhlas dengan Hospital Az-Zahrah dan Kolej Antarabangsa Murni.
MOA ini diharap dapat membantu dalam agenda pembangunan masyarakat seterusnya.
Majlis diadakan di Hotel Tenera Bangi dan dihadiri oleh Pengerusi Yayasan Ikhlas Prof. Dr. Zainurrashid Zainuddin.
Hospital Islam Az-Zahrah diwakili oleh Pengarah urusannya – Tun Haji Abdul Rahman Mat Dali manakala dan Kolej Antarabangsa Murni oleh Pengarahnya, Leftenan Kolonel Haji Ridzwan Shoib.
Prof Dr. Zainurrashid Zainuddin, Pengerusi Yayasan Ikhlas berkata :
“….hari ini kita melancarkan satu tabung penajaan sains kesihatan dan meletakkan harapan agar…berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara…”
Beliau berkata pihaknya juga melancarkan tabung penajaan sains kesihatan dan menjangkakan akan datang Yayasan Ikhlas dapat menaja kira-kira 300 orang pelajar khususnya daripada golongan berpendapatan rendah.
Selain pemberian biasiswa pihaknya juga mengendalikan projek lain seperti kebajikan dan kesihatan, pengendalian bencana dan komuniti.
“…Yayasan Ikhlas mempunyai agenda yang besar terhadap masyarakat kita dalam empat kluster projek…di kalangan asnaf di Semporna Sabah…”