RABU, 29 DISEMBER – Dalam perkembangan yang sama, kami menghubungi Pengerusi Ahli Jawatankuasa Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Abu Zahar Ujang untuk mendapatkan penjelasan daripada perletakan jawatan ahli panel SPRM ini.
Katanya perkara yang berlaku ketika ini bagaikan ada sesuatu di sebalik pengunduran Gomez.
Dan berikut apa yang beliau jelaskan.
Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Lembaga Penasihat SPRM berkata :
“pada hemat saya seolah-olah ada udang disebalik batu banyak perkara dibuat bukan-bukan dia hanya satu bahagian dalam 5 jawatankuasa bahagian yang memantau kedudukan SPRM ini. Dia ni duduk dalam 1 jawatankuasa pencegahan dibawa kepemimpinan nya Tan Sri Burhan, Tan Sri Burhan sendiri pun sudah bercakap dengan dia. Dia ni cakap lain buat lain seolah-olah ada sesuatu perkara dan saya akan pantau perkara ini dan sampai masa saya akan jawablah.”
Tegas Tan Sri Abu Zahar, beliau tidak akan melindungi mana-mana pihak yang bersalah dan akan memanggil satu sidang media khas bagi menjawab persoalan ini dalam masa terdekat.
“Pendirian saya senang sahaja bahawa saya tidak akan melindungi atau cover any matter that is wrong dan perkara ini telah lama diselesaikan dengan jawatankuasa selagi kita tidak umumkan walau bagaimanapun saya dalam masa terdekat saya akan membuat pengumuman.”
Dalam satu laporan dikeluarkan, oleh portal edisi siasat mengeluarkan mengenai Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki yang didakwa menjadi pemegang saham dalam Gets Global Berhad (dikenali sebagai KBES Berhad).
Beliau memegang 1, 930 ribu saham pada 30 April 2015 dan 1, 29 ribu,500 saham pada 31 Mac 2016
Beliau juga didakwa merupakan pemegang waran dalam Excel Force MSC Berhad sebanyak 2,156,000 pada Mac 2016.
Dakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki di sebuah syarikat senaraian awam ini menjadi antara punca peletakan jawatan oleh ahli ekonomi itu dibuat selepas mendakwa panel itu tidak bertindak ke atas oran utama SPRM berkenaan.