RABU, 29 DISEMBER – Seramai 7,730 mangsa banjir daripada 2,301 keluarga masih berada di 72 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di Pahang sehingga pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman, berkata jumlah itu menurun berbanding semalam, 11 ribu 243 mangsa banjir daripada 3,683 keluarga di 80 PPS.
Temerloh merekodkan mangsa banjir paling ramai iaitu 3,302 orang, diikuti Bentong 1,518 orang, Pekan 1,802 orang, Maran 589 orang, Bera 32 orang dan Kuantan 487 orang.
Sebanyak 10 jalan ditutup membabitkan lapan daerah di negeri ini iaitu Jalan Kuantan-Segamat dan Jalan Pelak-Belimbing di Pekan; Jalan Southern Loop, Bentong dan Jalan Kuala Lipis- Jerantut, Jerantut.
Jalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Kuala Lumpur– Kuantan, Maran; Jalan Ulu Dong, Raub; Jalan Temerloh–Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok di Temerloh; Jalan Sungai Lembing, Kuantan dan Jalan Bentong- Gua Musang, Lipis.