RABU, 29 DISEMBER – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara PPS di Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang mencatatkan penurunan, manakala Melaka kekal sejak malam tadi.
Tinjauan TV Pertiwi menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM setakat petang tadi mendapati, jumlah keseluruhan mangsa di kelima-lima negeri ialah 17, 820 orang daripada 5, 615 keluarga di 114 PPS berbanding 21, 544 orang daripada 6, 563 keluarga malam tadi.
Di Selangor, aplikasi InfoBencana JKM menunjukkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 6, 903 orang di 33 PPS petang tadi berbanding 8,644 orang di 45 pusat PPS malam tadi.
Di Pahang, aplikasi InfoBencana JKM memaklumkan 10, 770 orang berada di 77 PPS di enam daerah iaitu Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan, berkurang berbanding 12,692 orang malam tadi.
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Kundang di Maran mencatatkan paras 20.98 meter petang tadi iaitu melebihi tahap waspada pada paras 19 meter.
Di Kelantan pula, jumlah mangsa banjir menurun kepada 68 mangsa daripada 21 keluarga berbanding semalam 152 mangsa daripada 46 keluarga setakat petang tadi.
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Melaka pula kekal seramai 26 orang daripada lapan keluarga sejak malam tadi.