RABU, 29 DISEMBER – Esok merupakan keputusan bagi kes saman mencabar Keabsahan dan Kedudukan Sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, PEMBELA, Aminuddin Yahaya menyeru rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kemenangan di pihak plaintiff kerana sekolah vernakular ini telah banyak menjadi punca perpecahan kaum di negara ini.
Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :
Jadi kita …… jalan duta
Keputusan sama ada sekolah vernakular ini bertentangan atau tidak dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan atau tidak kerana tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Ia akan diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nazlan Hj Ghazali.
Dalam kes ini, beliau sebagai wakil daripada gabungan besar PEMBELA berharap apa pun keputusannya keabsahan itu akan diteruskan ke peringkat selanjutnya.
Apa -apa keputusan …. rayuan
Plaintiff rasmi bagi kes ini adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) MAPPIM, dan Gabungan Penulis Nasional, GAPENA.
Plaintif diwakili oleh peguam Haniff Khatri, Rahim Sinwan, Aidil Khalid, Khairul Azam.
Bagi pihak defendan pula ialah MCA, MIC, GERAKAN, Dong Zong, Hua Zong, Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan beberapa lagi.
SILA IKUTI DI SINI