28 Disember 2021, Selasa – Biarpun sibuk menjaga keselamatan negara, mereka tetap membantu meringankan beban untuk membantu mangsa banjir.
Polis Kontinjen Selangor bersama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membantu untuk bersama sama mengembleng tenaga untuk membersihkan kawasan dan bangunan di sekolah agama Maahad Tahfiz Bustanul Arifin Banting Selangor akibat banjir.
Operasi pembersihan yang dijalankan hari ini, berjalan lancar di kawasan Maahad Tahfiz Pondok Bustanul Arifin Jln Hj. Amin, Lapis 3 Kg. Labohan Dagang Banting, Selangor yang terdiri daripada 1 Pegawai Kanan dan 14 anggota Polis IPK Selangor bersama 95 orang NGO dalam usaha meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.
Pelbagai usaha dilakukan termasuk pengagihan barang keperluan asas dan kerja pembersihan di kawasan Maahad Tahfiz berkenaa.
Kerja-kerja pembersihan serta pembuangan barang-barang yang rosak akibat banjir ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat banjir.
Selain melindungi dan menjaga keselamatan, pihak polis juga sentiasa terbuka dalam memberikan bantuan kemasyarakatan selain dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pihak Polis bersama masyarakat.