SELASA, 28 DISEMBER – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tauliah mengajar agama Islam di Selangor yang diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember ini.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selaras dengan titah Sultan Sharafuddin itu, Jawatankuasa Tauliah MAIS akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang telah dikeluarkan kepada pemegang tauliah dan mana-mana tauliah yang telah diberikan kepada aktivis politik di negeri ini ditarik balik.