SELASA, 28 DISEMBER – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka enam pusat pengumpulan al-Quran serta buku agama yang musnah akibat banjir yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu.
Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan itu dilakukan selaras dengan tanggungjawab jabatan itu untuk menjaga kesucian al-Quran.