SELASA, 28 DISEMBER – Dalam pada itu, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkata, sekiranya institusi parlimen itu bermasalah, mesti ada tindakan yang perlu dilakukan bagi melicinkan pemerintahan negara.
Shahbudin Embun, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata :
“Kalau adapun rakyat tidak bersetuju dengan ahli-ahli politik maka itu menandakan satu desakan oleh rakyat untuk diadakan kembali PRU dengan secepat mungkin tetapi bagi rakyat untuk menolak sistem demokrasi dan raja berperlembagaan itu tidak boleh berlaku di dalam negara kita ini kerana itu telah termaktub dalam perlembagaan negara dan kita kena ingat setiap daripada pillars terhadap negara kita ini ianya mempunyai fungsi tersendiri Agong dan raja-raja Melayu mempunyai fungsi mereka dalam perlembagaan itu begitu juga eksekutif dan juga parlimen mereka mempunyai peranan masing-masing untuk dimainkan jika di dalam institusi itu ada ketimpangan maka institusi itu mesti dibuat sesuatu untuk melicinkan pelancaran jentera kerajaan dan sistem negara kita yang kita amalkan lebih daripada 60 tahun sejak merdeka.”