SELASA, 28 DISEMBER – Sekiranya Malaysia mengamalkan Plutokrasi bermakna polisi kerajaan dan hala tuju negara ditentukan bukan dengan melihat nasib rakyat tetapi ditentukan oleh golongan taikun, elit dan jutawan.
Presiden Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, meskipun Malaysia diisytiharkan sebagai negara demokrasi namun suara ahli politik ditenggelamkan dan diatur oleh kumpulan di belakang mereka.
Ustaz Muhammad Fauzi, Presiden Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkata :
“walaupun malaysia adalah sebuah negara yang mengisytiharkan sebagai negara sebuah negara demokrasi dan rakyat dikatakan menentukan masa depan negara tetapi dengan apa yang berlaku kita melihat bagaimana suara orang politik juga ditenggelamkan dan dicatur oleh satu kumpulan di belakang. dalam banyak kejadian kita melihat kes musang king di Pahang begitu juga dalam kes banjir yang berlaku dan sekarang yang negara sedang uruskan juga melihat bagaimana ada peranan dan mainan tertentu yang dimainkan golongan kapitalis ini.”
Tambah Ustaz Fauzi, keadaan ketika ini menunjukkan ibarat satu petanda rakyat tidak ambil kisah siapa yang menjadi pemimpin. Faktor ini dilihat melalui peratusan mengundi yang rendah dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Melaka
Beliau berkata, sekiranya rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap ahli politik dibimbangi pengaruh luar akan masuk dalam negara dan akan berlaku keadaan huru-hara sehingga tiada lagi pemimpin yang dihormati rakyat.
“kerana kalau sekiranya benar sebagaimana telahan kita bahawa segala yang berlaku merupakan suatu yang telah dicatur oleh kumpulan kapitalis tersebut sebenarnya ahli politik ni merupakan boneka sahaja dan suatu yang amat kita bimbang adalah kalau sekiranya kita sampai satu peringkat di mana rakyat sudah tidak percaya kepada ahli politik maka rakyat mungkin akan melakukan suatu tindakan sendiri di mana mereka akan melakukan sesuatu untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa luar daripada saluran ataupun batas yang dibenarkan perlembagaan undang-undang dan norma pengurusan yang biasa kita lakukan dalam negara ini dan kalau itu berlaku negara akan berdepan dengan satu keadaan yang huru hara kucar-kacir kerana pada masa itu kita seolah-olah tidak ada lagi pemimpin yang dihormati oleh sesiapa pun dan kita tidak akan ada lagi pemimpin yang didengari cakapnya sesiapa pun di kalangan rakyat.”