SELASA, 27 DISEMBER – para pemimpin diingatkan supaya jangan berlakon-lakon membantu rakyat ketika dalam rakyat dalam kesusahan.
Menurut Ahli Majlis Ulama ISMA, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, pemimpin seharusnya turut menghayati dan menunjukkan simpati terhadap musibah yang melanda dengan menunaikan hak dan keperluan rakyat ketika mereka ditimpa kesusahan.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, Dr Sanusi turut mengingatkan supaya pemimpin tidak bersikap memperolok-olok dan bantuan yang dijanjikan tidak sampai kepada rakyat.
Beliau turut memetik sepotong hadis menggambarkan betapa dahsyat ancaman yang diberikan rasulullah terhadap pemimpin yang menipu rakyat iaitu sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-
“Tidak ada seorang hamba yang diberikan tanggungjawab untuk memelihara rakyat sedangkan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan baginya syurga.”
Jelas Dr Sanusi, yang dimaksudkan dengan larangan menipu kaum muslimin ini adalah larangan mengkhianati hak-hak yang seharusnya ditunaikan ke atas mereka.
Menurut beliau, apa yang membimbangkan pada hari ini, perbuatan menipu atau berlakon di hadapan rakyat terkadang menjadi perkara biasa buat sebahagian politikus dengan mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa rakyat.
Terdahulu tular video Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun hanya mencuci simen membersih di sebuah sekolah tersebut.
Lapor Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pihaknya telah memohon kesudian Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini.
Selain itu, beberapa pemimpin lain turut memaparkan membantu rakyat membuat kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terkesan banjir.