SELASA, 28 DISEMBER – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus mencatat penurunan dengan rekod 20,026 orang, berbanding semalam, 22,573 orang di lima negeri.
Berdasar aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 6,136 keluarga masih berada di 130 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Di Kelantan sahaja, seramai 152 mangsa daripada 46 keluarga di PPS manakala di Selangor, 76,111 mangsa daripada 2,149 keluarga.
Sementara itu, di Melaka hanya terdapat 26 mangsa daripada lapan keluarga.
Pahang pula mencatatkan, 12,183 mangsa daripada 3,915 keluarga dan di Negeri Sembilan terdapat 54 mangsa daripada 18 keluarga.