SELASA, 28 DISEMBER – Pulau Pinang merekodkan dua kes Omicron terawal dari jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bahawa ia merupakan kes import dari Arab Saudi.
Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berkata :
“Pesakit dijangkiti varian itu selepas kembali dari menunaikan umrah dan kedua-kedua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi”
Beliau juga berkata dua kes Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan mengambil serius perkara ini.
“Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat”
Sementara itu, Koh Yeow turut mengingatkan warga Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan dijangkiti Covid-19.
Angka harian positif COVID-19 hari ini merekodkan penurunan kes dan mencatat dua hari berturut-turut di bawah 3 ribu kes.
Sejumlah 2,757 kes baharu berbanding semalam, 2,778 kes namun kekal kepada angka bawah 5 ribu kes sejak beberapa hari lalu.
Setakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif telah berjumlah 2,743 ratus ribu, 936 kes kumulatif.
Untuk pecahan kes negeri dan harian akan dimuat naik di portal COVIDNOW setiap hari selepas tengah malam semalam.