
(Bomba dilihat sudah bersiap siaga ketika Kru TV Pertiwi buat tinjauan di sana / sumber : TV Pertiwi)
Oleh Azizi Sunip, wartawan TV- Pertiwi ([email protected])

(Wartawan Azizi Sunip / sumber : TV Pertiwi)
SELASA, 28 DISEMBER – Keadaan terkini di Sungai Lui, Hulu Selangor dan beberapa batang sungai lain di daerah sama masih di tahap terkawal.
Menurut Penguatkuasa Bomba Zon Empat Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof, pemantauan sentiasa dilakukan terhadap paras air di sungai-sungai di bawah daerah Hulu Langat dengan menggerakkan lebih 200 anggota dari Balai Bomba Semenyih.
Kru TV Pertiwi mengikuti operasi pemantauan paras air sungai di daerah yang teruk terjejas di Selangor itu selepas di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Sebuah Pangkalan Hadapan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat diwujudkan di Dewan Serba Guna Sungai Lui dengan menempatkan aset-aset yang diperlukan seperti bot penyelamat dan pengangkutan kenderaan 4×4.
Shahrin Yusmar Mat Yusof, Penguatkuasa Bomba Zon 4 Hulu Langat berkata :
…. Persediaan telah dilakukan tetapi workload yang diterima terlalu tinggi cabaran yang dihadapi terlalu hebat, setiap agensi telah digerakkan mengikut perancangan yang telah disusun walaubagaimanapun persiapan telah disusun , inilah yang terburuk yang berlaku di Hulu Langat ini, idea dan pandangan baru yang terpaksa kami fikirkan yang perlu diselaraskan semula, perlu fikirkan semula yang lebih efektif kepada yang memerlukan…
Ketika ditanyakan mengenai persiapan menghadapi gelombang kedua;
Shahrin berkata, pihaknya telah menjalankan operasi pemantauan di kawasan berisiko tinggi terutamanya kediaman yang berada di sepanjang sungai dan kawasan lebih rendah seperti di pekan Dusun Nanding dan Dusun Tua.
Ketua Bomba Zon 4 Hulu Langat juga berkata lagi bahawa :
“…. Untuk gelombang yang kedua ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, khasnya kita telah diberi arahan untuk bersedia lebih awal dalam keadaan yang dilihat agak kering dan air makin susut walau bagaimanapun kita tidak mengambil mudah mengenai perubahan cuaca yang berlaku kepada bila-bila masa…”
Malam tadi tular di media sosial paras air naik mendadak di Sungai Lui menyebabkan orang ramai panik, menurut Shahrin berlaku aliran air yang banyak disebabkan hujan di Genting Peras.
Bagaimanapun, katanya, air sungai berkenaan sudah pun surut awal pagi tadi.
Untuk rekod, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor dengan menjangkakan berlaku hujan lebat di daerah itu hingga 29 Disember ini.