SELASA, 28 DISEMBER – Lebih seminggu dilanda banjir besar, laporan hujan lebat menjadi igauan ngeri buat penduduk kota termasuk mangsa banjir sendiri.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia memperluaskan amaran hujan berterusan sehingga 3 Januari depan.
Pada masa sama terdapat sistem cuaca bertekanan rendah di laut china selatan..
Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di pantai timur sabah sehingga 2 januari 2022 dan barat sarawak pada 29 hingga 31 disember .
Manakala di Johor kelantan terengganu pahang pada 30 disember sehingga 3 januari tahun depan.
Sementara itu Polis diraja Malaysia berkata jumlah korban banjir meningkat kepada 48 nyawa.
Selangor 25, pahang 20 dan kelantan tiga nyawa diragut dalam banjir besar yang melanda enam negeri sejak minggu lalu.
Dan bagi jalan raya, jambatan yang terputus hubungan, longkang, cerun serta stuktur lain yang musnah, sejumlah RM900 juta berdasarkan anggaran kos Jabatan Kerja Raya diperuntukkan bagi kerja pembaikan jalan Persekutuan dan negeri kelolaannya.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata anggaran itu berdasarkan penilaian tahap kerosakan selepas JKR melaksanakan pemeriksaan ke atas aset jalan.
Namun jumlah mereka yang dipindahkan ke PPS semakin menurun.
Sehingga 12 tengah hari tadi portal bencana banjir memaklumkan seramai 25,789 mangsa masih tinggal di 161 PPS aktif di seluruh negara.