ISNIN, 27 DISEMBER – Kerajaan Negeri Selangor wujud Pusat Koordinasi Sukarelawan mendapat pujian dari Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Norudin.
Menurutnya, ini penting bagi memastikan keperluan bantuan banjir disalurkan mengikut keperluan setiap lokasi di mana mangsA berada dan keselamtan sukarelawan terjamin.
Muhammad Shuib Norudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah berkata :
“… Kita perlu ada koordinasi ataupun perancangan yang tersusun daripada NGO dan yayasan itu sendiri… Pihak berwajib di lapangan…”
Tambah Muhammad Shuib, Koordinasi lemah antara faktor menyebabkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor lewat sampai,
Namun di Yayasan Maghfirah, koordinasi di antara pihak penjgurusan bencana negeri dan agensi penguatkuasa di peringkat Persekutuan dijalin bagi memudahkan semua pihak melakukan aktiviti misi bantuan bencana banjir di Selangor dan Lembah Klang.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah berkata lagi :
“… NGO dan Yayasan perlu melihat dan juga mendengar dan mengambil maklumat daripada pihak berkuasa… Cabarannya ialah pengagihan barang-barang bantuan…”
Terdahulu, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman mengumumkan ‘Command Center’ bagi Pusat Koordinasi Sukarelawan terletak di Majlis Sukan Negeri Selangor, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan, Seksyen Tujuh, Shah Alam.
Untuk terlibat dalam koordinasi ini, NGO dan sukarelawan boleh menghubungi Majlis Sukan Negara (MSN) di talian tertera.
Talian Pusat Koordinasi Sukarelawan Negeri Selangor
Zawahir Wazir
Penolong Pengarah Majlis Sukan Negara
(012 316 2080)
Harlisa Rozikin
Pegawai
(012-309 2040)
Azri Ramli
Pegawai
(012-695 2050)