ISNIN, 27 DISEMBER – Keadaan kelam kabut pengurusan bencana banjir yang tidak cekap di Malaysia hari ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar.
Beliau turut menasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, sebelum terlambat.
Tun Mohammed Hanif Omar sebagai Bekas Ketua Polis Negara berkata :
“Nasihat saya, balik ke pangkal jalan dan serah kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),”
“Tetapi, ada lain pihak hendakkan kuasa dan kejar kemasyhuran atau populariti agaknya dan merampas peranan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA (National Disaster Management Agency), malangnya mereka ini tak tahu buat kerja kerana tidak terlatih dan tak pernah berlatih.”
Beliau menegaskan agar semua pihak menyerahkan kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera.
Disebabkan terlalu mengejar kuasa, kemasyhuran an populariti, beliau berpendapat banyak pihak cuba merampas peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, walaupun tidak terlatih
Belliau berkata demikian ketika memetik portal berita Samudera Dot MY.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar semua pihak menyerahkan kembali tugas menguruskan bencana kepada mereka yang terlatih.