ISNIN 27 DISEMBER – Seorang wanita berusia 34 tahun menjadi individu pertama dari negeri Melaka yang dijangkiti varian Omicron.
EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jangkitan direkodkan selepas wanita berkenaan pulang daripada mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Menurut Doktor Muhammad Akmal, kes pertama varian itu dikesan selepas pengesahan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) pada 25 Disember lalu menerusi ujian jujukan genom PCR yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap wanita berkenaan.
Wanita itu kemudian disahkan positif COVID-19 varian Omicron semalam dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Melaka untuk tujuan pemantauan rapi.
Susulan itu, katanya, wanita terbabit dirujuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bukit Serindit, Melaka dan dibenarkan untuk menjalani isolasi di rumah kerana dia tidak bergejala dan dalam keadaan stabil.