ISNIN, 27 DISEMBER – Video memaparkan polis memberi keutamaan kepada konvoi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laluan utama di Hulu Langat, semalam berbanding ambulans di persimpangan jalan dikatakan mahu mengelak risiko kemalangan.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata tindakan itu diambil mengikut Kaedah Lalu Lintas Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan yang membawa pesakit.
Namun petugas berkenaan membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan terbabit dalam tempoh singkat berikutan pendahulu konvoi sudah hampir persimpangan itu.
Beliau berkata pihaknya terkesan dengan video yang tersebar di media sosial memaparkan kenderaan pacuan empat roda dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
Superintendan Azman Shari’at, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor berkata :
“Kita terkesan dengan satu video tersebar di media sosial memaparkan kenderaan pacuan empat roda dan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi diiringi polis trafik.”
Beliau berkata anggota trafik di persimpangan jalan memberi keutamaan kepada dua kenderaan berkenaan yang hendak keluar ke jalan utama, ianya tindakan yang akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya.
“Menerusi video itu jika anggota trafik di persimpangan jalan memberi keutamaan kepada dua kenderaan berkenaan yang hendak keluar ke jalan utama, ianya tindakan yang akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya,”