ISNIN, 27 DISEMBER – Video memaparkan polis memberi keutamaan kepada konvoi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laluan utama di Hulu Langat, semalam berbanding ambulans di persimpangan jalan dikatakan mahu mengelak risiko kemalangan.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata tindakan itu diambil mengikut Kaedah Lalu Lintas Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan yang membawa pesakit.
Namun petugas berkenaan membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan terbabit dalam tempoh singkat berikutan pendahulu konvoi sudah hampir persimpangan itu.