ISNIN, 27 DISEMBER – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan dengan 35, 247 orang setakat pukul 12 pagi tadi.
Menurut portal bencana NADMA, jumlah itu merangkumi 10 ribu enam keluarga di 233 PPS di lima negeri.
Jumlah mangsa banjir di Pahang kekal mencatatkan tertinggi dengan lebih 19 ribu orang terdiri daripada hampir 6 ribu keluarga di 137 PPS.
Selangor pula merekodkan sejumlah 14,452 mangsa sehingga tengahari tadi yang menunjukkan penurunan daripada pagi tadi .
Seramai 3759 keluarga masih menetap di tujuh pusat pemindahan sementara.
Manakala di Negeri sembilan 152 mangsa masih kekal tinggal di PPS, terutama di kawasaan Jelebu yang paling teruk terjejas.