ISNIN, 27 DISEMBER – Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun daripada 33,193 kepada 28,005 mangsa di lima negeri setakat malam tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 183 PPS di Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.
Menerusi aplikasi itu, jumlah mangsa banjir di Selangor menurun kepada 11,864 mangsa daripada 3,521 keluarga berbanding 15,354 mangsa di 81 PPS.
Manakala di Pahang 16,579 mangsa banjir berada di 119 pusat pemindahan sementara berbanding 17,211 mangsa.
Sementara itu di Negeri Sembilan mencatatkan 128 mangsa banjir daripada 37 keluarga dan di Melaka kekal 26 orang mangsa banjir daripada lapan keluarga.
Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihatkan masyarakat supaya tidak membakar sisa buangan mereka.
Pengarahnya Norazam Khamis berkata, ia susulan pihaknya mendapat panggilan unutk memadamkan kebakaran melibatkan sampah dan perabot rosak semalam yang berlaku di sekitar Kapar, Klang.