SABTU, 25 DISEMBER – Bencana banjir yang melanda perlu dilihat dalam dua perkpektif iaitu sebagai ujian yang datang dari Allah dan melalui perspektif dari sudut ekosistem alam.
Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Syamil Esa berkata, umat Islam sebagai khalifah di atas muka bumi perlu mengambil iktibar ke atas kebesaran Allah selain melaksanakan tugas seorang Muslim membantu saudaranya yang lain dalam kesusahan.
Ustaz Syamil Esa, Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS) berkata :
“iaitu Perspektif pertama kita melihat Allah mendatangkannya ia sebagai ujian bila ujian di sana ada kafarah dosa di sana menaikkan martabat ada menghapuskan kesalahan, memebri pahala so kalau ada ujian ini adalah ujian-ujian di ampunkan maknaya di sana ada sudut hubungan tuhan dengan hamba kemudian perpektif kedua adalah perspektif sainifik dari sudut pembalakan atau ketidak seimbangan ekosistem alam yang menjadikan banjir itu kita juga kita terima sebagai 1 faktar yang perlu ditanggapi dan perlu dilihat maknanay kita tak menafikan itu dan menafikan yang pertama.
Dalam pada itu Ustaz Syamil turut berpesan kepada mangsa banjir supaya sabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang melanda selain menyeru umat Islam yang lain membantu saudaranya yang berada dalam kesusahan.
“Kita mengharapkan agar mereka bersabar dengan apa yang ditimpa pada mereka dan kita sebagai masyarakat kita adalah kena ambil INSPIRASI dari hadi sRasulullah bahawa umat mukmin ini umpama satu jasad apabila 1 jasad mengadu akan bersama jasad yang lain tolong menoolong atau saling rasa kesengsaraan tersebut jadi jangan risau rakyat, kami akn bersama dengan anda sekiranya ada pertolongan yang diperlukan masyarakat akan peka dan prihatin maknaya anda tidak berseorangan dalam menghadapi ujian ini kita semua adalah satu keluarga, kita adalah satu umat yang saling tolong menolong.”