Agong Titah Jalankan Siasatan Secepat Mungkin

(Al-Sultan_Abdullah_Ri’ayatuddin_Al-Mustafa_Billah_Shah / sumber : Bernama)
(Al-Sultan_Abdullah_Ri’ayatuddin_Al-Mustafa_Billah_Shah / sumber : Bernama)

SABTU, 25 DISEMBER – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar siasatan tanah runtuh di Jalan Palinbayan Kampung Sungai Penchala dilakukan secepat mungkin.

Seri Paduka Baginda bertitah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menempatkan sebahagian penduduk yang terjejas di kawasan itu di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian selepas mencemar duli melawat mangsa tanah runtuh yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Secara keseluruhan, tanah runtuh di Jalan Palinbayan Kampung Sungai Penchala melibatkan 94 buah rumah dengan 24 buah musnah dan 70 buah lagi terjejas.

Sebanyak 284 orang yang dipindahkan dari kawasan kediaman melibatkan 136 orang iaitu 43 keluarga tinggal di PPS ini dan 148 orang tinggal di luar PPS.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PERKEP Selangor Tunjuk Usaha Murni Bantu Mangsa Banjir

Next Post

Menteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera

Related Posts