4 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak

(Varian Omicron, foto hiasan / sumber : kompas)
(Varian Omicron, foto hiasan / sumber : kompas)

SABTU, 25 DISEMBER – Sebanyak empat kes varian Omicron COVID-19 dilaporkan dikesan di Sarawak.

Menurut ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak Profesor Dr David Pereira, dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan telah menjalani ujian calitan pada 19 Disember.

Lapor Utusan Borneo, satu lagi kes membabitkan seorang lelaki 19 tahun yang dipercayai pulang dari United Kingdom dan juga telah menjalani calitan ujian COVID-19 pada 14 Disember lalu.

Dr Pereira berkata satu kes melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom dan menjalani ujian calitan pada 22 Disember.

Manakala kes satu lagi ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, menunjukkan kemungkinan penularan tempatan.

Beliau juga berkata kemungkinan penularan tempatan bagi Omicron yang sangat mudah berjangkit dalam komuniti dan orang ramai digesa supaya berhati-hati ketika tempoh perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2022

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bencana Banjir: Umat Islam Perlu Ambil Iktibar Kebesaran Allah

Next Post

Penduduk Minta Sistem Muka Sauk Ditambah Baik

Related Posts