JUMAAT, 24 DISEMBER – Projek yang ingin dijalankan setiap kerajaan negeri perlu dinilai dengan mengambil kira kepentingan rakyat.
Menurut Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad kerajaan negeri tidak sepatutnya membatalkan projek yang memberi manfaat kepada rakyat terutama membabitkan isu bencana alam semata-mata disebabkan kepentingan politik.
Hazwan Mohamad, Ketua Penerangan BERJASA berkata :
“Saya melihat apa yang berlaku hari ni hasil dari tangan-tangan yang tidak kompeten dalam melaksanakan apa yang kita katakan sebagai good government jika benar projek canal city yang diluluskan kerajaan BN mempunyai unsur korupsi didalamnya saya tidak kata ianya wajar diteruskan tetapi kerajaan yang menguruskan itu perlu untuk memastikan bahawa tidak wujud lagi unsur korupsi di dalamnya kerajaan Pakatan Rakyat daripada mereka nafikan projek itu mencantas daripada kerajaan negeri ketika itu lebih baik mereka laksanakan pembersihan terhadap unsur-unsur korupsi itu.”
Justeru itu Hazwan menggesa kerajaan Negeri Selangor menyiasat semula apakah keputusan wakil rakyat ketika itu berhubung proyek tebatan banjir samada mempunyai unsur politik sehingga membatalkan projek yang akhirnya menyebabkan rakyat merana katika ini.
Tambahnya, belajawan setiap negeri juga perlu dinilai semula dengan mengambil kira faktor bencana alam yang berlaku dan merealisasikan kajian yang dilakukan dalam menambah baik kehidupan rakyat.
“Kerajaan di setiap negeri yang mana hari ini kita lihat bukan sekadar di Selangor malah di Pahang turut mengalami banjir yang besar dan negeri yang selalu ditenggelami air akibat banjir besar perlu menilai semua dalam belanjawan negeri dan juga diperingkat persekutuan pun seperti melaksanakan satu kajian dasar dan bukan sekadar terhenti di sebalik kajian sahaja tetapi pastikan bahawa apa yang dirangka dirancang dapatan hasil kajian itu dapat direalisasikan